Kedai Serbaneka SMB Enterprise merupakan sebuah perniagaan runcit yang telah beroperasi sejak tahun 1957 di Georgetown, Pulau Pinang, menyediakan pelbagai barangan keperluan harian untuk komuniti setempat. Dengan pengalaman puluhan tahun, kami komited untuk menjadi pilihan utama pelanggan dengan menawarkan produk berkualiti pada harga yang berpatutan.
Di Kedai Serbaneka SMB Enterprise, kami percaya bahawa kemudahan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Sama ada anda mencari makanan ringan, barangan mainan, atau keperluan rumah, semuanya tersedia di bawah satu bumbung.
Convenient – Menyediakan kemudahan maksimum kepada pelanggan dalam mendapatkan semua keperluan harian dengan mudah dan cepat.
All Available – Menjadi kedai serbaneka yang sentiasa lengkap dengan pelbagai pilihan produk agar pelanggan boleh mendapatkan apa sahaja yang diperlukan di satu tempat.
On the Way – Sentiasa bergerak ke hadapan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan, menambah baik pilihan produk, dan memberi pengalaman membeli-belah terbaik kepada pelanggan kami.
WhatsApp us